Kamis, 03 Mei 2012

KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS


Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahwa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah IBLIS.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki."
Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?"
Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku."
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

>Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."
>Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku."
 >Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."
>Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku."
>Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."
>Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku."
 >Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, artinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, yaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

Selasa, 01 Mei 2012

Fadhilah Ratib Al-Haddad



Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka. lalu beliau bertanya :" Seperti apa? contohnya?". lalu muridnya mendendangkan syair ini, selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mngulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.



إذا ما قال لي ربي أما استحييت تعصيني؟

وتُـخفي الذنبَ عن خلقيَ وبالعصيانِ تأتيني

Apabila tiba saat Tuhanku berkata padaku:

Tidakkah engkau malu melakukan maksiat kepadaku?

Engkau menyembunyikan dosa dari makhlukku

sedang dengan dosa engkau datang berjumpaku?



فكيف أجيبُ يا ويحي ومن ذا سوف يحمين ؟

Maka bagaimanakah aku boleh menjawabnya

dan siapalah yang boleh mempertahanku?



أسلي النفس بالآمالِ من حينٍ الى حيني

وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تكفيني

Aku sentiasa mendamaikan perasaanku

dengan harapan-harapan dari detik ke detik

Sedangkan aku lupa apa yang berlaku selepas kematian,

apalah yang cukup untukku



كأني قد ضمنتُ العيش ليس الموت يأتيني

Seolah-olahnya aku telah dapat menjamin

akan terus hidup dan kematian tidak akan datang



وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحميني؟

Jika tibalah saat sakit kematian siapalah

yang boleh menahannya dariku?



نظرتُ الى الوُجوهِ أليـس منهم من سيفدينـــي؟

Aku hanya mampu melihat wajah-wajah di depanku

adakah seseorang di kalangan mereka yang boleh menebusku?





سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني

Aku bakal ditanya apalah yang telah aku

persembahkah di duniaku dahulu yang

boleh menyelamatkan daku



فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني

Bagaimanalah jawabanku setelah mana aku

mengabaikan urusan agamaku?



ويا ويحي ألــــم أسمع كلام الله يدعوني ؟

Oh! Kesalnya, apakah aku tidak pernah mendengar

kalam Allah yang menyeruku?



ألــــم أسمع لما قد جاء في قاف ويسِ

Apakah aku tidak pernah mendengar

kandungan surah Qaf dan surah Ya Sin



ألـــم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع و الديني

Apakah aku tidak pernah mendengar tentang

hari perhimpunan, perkumpulan dan pembalasan.



ألـــم أسمع مُنادي الموت يدعوني يناديني

Tidak pernahkah aku mendengar penyeru

kematian yang mengajakku dan memanggilku?



فيا ربــــاه عبدُ تــائبُ من ذا سيؤويني ؟

Wahai Tuhanku, inilah seorang hamba

yang kembali, siapalah yang sanggup menerimanya?



سوى رب غفور واسع للحقِ يهديني

Kecuali Tuhan yang maha pengampun, yang maha kaya,

Yang sentiasa memberiku pedoman ke jalan kebenaran.



أتيتُ إليكَ فارحمني وثقــّـل في موازيني

Aku mendatangiMu maka kasihanilah daku

Dan beratkanlah neraca timbanganku



وخفف في جزائي أنتَ أرجـى من يجازيني

Ringankalah pembalasanku kerana Engkau

sahajalah paling diharap kebaikannya

apabila melakukan pembalasan 





Tentang

Ratib Al-Haddad ini mengambil nama penyusunnya, Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Kumpulan doa dan zikir karangan beliau yang paling terkenan adalah Ratib Al-Haddad.
Biografi
Ratib Al-Haddad

Ratib Al-Haddad ini mengambil nama penyusunnya, Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Kumpulan doa dan zikir karangan beliau yang paling terkenan adalah Ratib Al-Haddad.Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bertepatan 26 Mei 1661).

Ratib ini disusun demi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut sebagai amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri dari ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.

Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, iaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Biasanya, ratib ini dibaca berjamaah setelah solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum shalat Isya’.

Ketika Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mulai dibaca di Makkah dan Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahwa siapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikarunia anugerah yang di luar dugaannya.

Setiap ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah SAW. Bilangan bacaan setiap dzikir dibuat sebanyak tiga kali, karena ia adalah bilangan ganjil (witir). Hal ini berdasarkan saran Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika dibaca secara istiqamah lebih baik daripada zikir panjang yang dibuat secara berkala. Ratib ini berbeda dari ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad sebab ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah. Semoga usaha kami ini diberkahi Allah.

Komunitas ini mengajak para pembaca setia Ratib Al-Haddad untuk mengetahui makna dan dalil dari tiap dzikir yang dibaca. Tujuannya, membuat para pembacanya menjadi lebih paham akan kandungan 'gizi' yang terkandung di dalamnya. Sehingga, membuat keyakinan bahwa yang dzikir Ratib Al-Haddad bukan sekadar bacaan belaka tanpa keutamaan, bukan pula sekadar kumpulan bacaan tanpa landasan sanad riwayat yang bersambung kepada Nabi Muhammad SAW.

Oleh karena itu, menjadi penting bagi kita yang istiqamah membaca Ratib Al-Haddad ini untuk bisa bergabung di dalam grup ini agar semakin istiqamah dan mengetahui ilmunya. Sebab penting sekali, kita mengetahui terlebih dahulu sesuatu yang kita kerjakan dan ucapkan.