Selasa, 01 Mei 2012

Fadhilah Ratib Al-Haddad



Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka. lalu beliau bertanya :" Seperti apa? contohnya?". lalu muridnya mendendangkan syair ini, selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mngulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.



إذا ما قال لي ربي أما استحييت تعصيني؟

وتُـخفي الذنبَ عن خلقيَ وبالعصيانِ تأتيني

Apabila tiba saat Tuhanku berkata padaku:

Tidakkah engkau malu melakukan maksiat kepadaku?

Engkau menyembunyikan dosa dari makhlukku

sedang dengan dosa engkau datang berjumpaku?



فكيف أجيبُ يا ويحي ومن ذا سوف يحمين ؟

Maka bagaimanakah aku boleh menjawabnya

dan siapalah yang boleh mempertahanku?



أسلي النفس بالآمالِ من حينٍ الى حيني

وأنسى ما وراء الموت ماذا بعد تكفيني

Aku sentiasa mendamaikan perasaanku

dengan harapan-harapan dari detik ke detik

Sedangkan aku lupa apa yang berlaku selepas kematian,

apalah yang cukup untukku



كأني قد ضمنتُ العيش ليس الموت يأتيني

Seolah-olahnya aku telah dapat menjamin

akan terus hidup dan kematian tidak akan datang



وجاءت سكرة الموت الشديدة من سيحميني؟

Jika tibalah saat sakit kematian siapalah

yang boleh menahannya dariku?



نظرتُ الى الوُجوهِ أليـس منهم من سيفدينـــي؟

Aku hanya mampu melihat wajah-wajah di depanku

adakah seseorang di kalangan mereka yang boleh menebusku?





سأسأل ما الذي قدمت في دنياي ينجيني

Aku bakal ditanya apalah yang telah aku

persembahkah di duniaku dahulu yang

boleh menyelamatkan daku



فكيف إجابتي من بعد ما فرطت في ديني

Bagaimanalah jawabanku setelah mana aku

mengabaikan urusan agamaku?



ويا ويحي ألــــم أسمع كلام الله يدعوني ؟

Oh! Kesalnya, apakah aku tidak pernah mendengar

kalam Allah yang menyeruku?



ألــــم أسمع لما قد جاء في قاف ويسِ

Apakah aku tidak pernah mendengar

kandungan surah Qaf dan surah Ya Sin



ألـــم أسمع بيوم الحشر يوم الجمع و الديني

Apakah aku tidak pernah mendengar tentang

hari perhimpunan, perkumpulan dan pembalasan.



ألـــم أسمع مُنادي الموت يدعوني يناديني

Tidak pernahkah aku mendengar penyeru

kematian yang mengajakku dan memanggilku?



فيا ربــــاه عبدُ تــائبُ من ذا سيؤويني ؟

Wahai Tuhanku, inilah seorang hamba

yang kembali, siapalah yang sanggup menerimanya?



سوى رب غفور واسع للحقِ يهديني

Kecuali Tuhan yang maha pengampun, yang maha kaya,

Yang sentiasa memberiku pedoman ke jalan kebenaran.



أتيتُ إليكَ فارحمني وثقــّـل في موازيني

Aku mendatangiMu maka kasihanilah daku

Dan beratkanlah neraca timbanganku



وخفف في جزائي أنتَ أرجـى من يجازيني

Ringankalah pembalasanku kerana Engkau

sahajalah paling diharap kebaikannya

apabila melakukan pembalasan 





Tentang

Ratib Al-Haddad ini mengambil nama penyusunnya, Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Kumpulan doa dan zikir karangan beliau yang paling terkenan adalah Ratib Al-Haddad.
Biografi
Ratib Al-Haddad

Ratib Al-Haddad ini mengambil nama penyusunnya, Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Kumpulan doa dan zikir karangan beliau yang paling terkenan adalah Ratib Al-Haddad.Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bertepatan 26 Mei 1661).

Ratib ini disusun demi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut sebagai amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri dari ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.

Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, iaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Biasanya, ratib ini dibaca berjamaah setelah solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum shalat Isya’.

Ketika Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mulai dibaca di Makkah dan Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahwa siapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikarunia anugerah yang di luar dugaannya.

Setiap ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah SAW. Bilangan bacaan setiap dzikir dibuat sebanyak tiga kali, karena ia adalah bilangan ganjil (witir). Hal ini berdasarkan saran Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika dibaca secara istiqamah lebih baik daripada zikir panjang yang dibuat secara berkala. Ratib ini berbeda dari ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad sebab ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah. Semoga usaha kami ini diberkahi Allah.

Komunitas ini mengajak para pembaca setia Ratib Al-Haddad untuk mengetahui makna dan dalil dari tiap dzikir yang dibaca. Tujuannya, membuat para pembacanya menjadi lebih paham akan kandungan 'gizi' yang terkandung di dalamnya. Sehingga, membuat keyakinan bahwa yang dzikir Ratib Al-Haddad bukan sekadar bacaan belaka tanpa keutamaan, bukan pula sekadar kumpulan bacaan tanpa landasan sanad riwayat yang bersambung kepada Nabi Muhammad SAW.

Oleh karena itu, menjadi penting bagi kita yang istiqamah membaca Ratib Al-Haddad ini untuk bisa bergabung di dalam grup ini agar semakin istiqamah dan mengetahui ilmunya. Sebab penting sekali, kita mengetahui terlebih dahulu sesuatu yang kita kerjakan dan ucapkan.







Tidak ada komentar: