Agama sudah
dijual beli atau diperdagangkan
Ilmunya sudah dijadikan oleh setengah orang dikomersialkan
Islam telah dijadikan gelanggang cari makan,
tanpa malu
dan segan dengan
Tuhan
Kalau tidak dibayar upah tidak akan disampaikan
Sanada berbentuk dakwah motivasi dan nasyid- nasyid
Di hadapan ramai
atau orang,
Padahal hak Tuhan di wajibkan disampaikan
kepada setiap insan,
Bermula dari Nabi
sebagai contoh
Hinggalah kepada
umat Islam
yang pandai di akhir zaman,
Para-para Nabi telah membuat pengakuan di dalam Al Quran,
Apa yang disampaikan bukan
minta dibayar
Cukuplah sudah Tuhan yang membayar,
Para Nabi menyampaikan ilmu Islam sebagai kewajipan
Kalau tidak satu kesalahan
Tiba-tiba di akhir zaman di kalangan umat menjadikan agama tempat cari
makan
Kalau orang bagi tanpa diminta atau tawar-menawar tidaklah menjadi kesalahan
Yang salah menetapkan upah atau bayaran
Kalau tidak, tidak jadi disampaikan
Mereka-mereka ini tidak takutkah kepada Tuhan
Agama walau disampaikan bentuk apa sekalipun wajib disampaikan
Ia bukan tempat cari makan atau untuk tempat mendapat bayaran
Begitu berani mereka itu menjual agama untuk mencari makan
Padahal Tuhan telah memberi ingatan di dalam Al Quran
Janganlah menjual ayat-ayatku dengan
harga yang murah
Mengambil upah dari agama kerana cari makan
Dianggap oleh Tuhan harga murahan
Tuhan menyuruh menyampaikan untuk keredhaan-Nya
Itulah yang mahal di sisi Tuhan,
Tiba-tiba kita mengambil upah di dunia melalui
agama memanglah itu barang murahan
Aku ingatkan diriku dan tuan-tuan sekalian,
Marilah kita takut
kepada Tuhan
Kalau hendak cari makan banyak jalan dan cara boleh kita lakukan
Bukan menggunakan agama mencari makan atau mencari kekayaan,
Sekian sebagai ingatan kepada tuan-tuan
Harap maaf kerana
teguran
Tidak ada komentar:
Posting Komentar